Home Buletin Semasa REKA GREEN LIGHT PASU TANAMAN UNTUK BANTU MANGSA BANJIR

REKA GREEN LIGHT PASU TANAMAN UNTUK BANTU MANGSA BANJIR

177
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun, Bentong, memilih gabungan teknologi buatan dan teknologi dengan menginovasi reka bentuk pasu yang mempunyai lampu suluh dan dinamakan “Green Light”.

Nazmi NorAfendie, 14, berkata, Green Light itu terhasil apabila melihat banjir kilat yang berlaku di kawasan Bentong yang memberi kesan kepada penduduk apabila bekalan elektrik terputus.

“Pasu ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah, di bahagian atas terdapat ruangan untuk tanaman sayur-sayuran dan mempunyai lubang kecil bagi menghubungkan akar tanaman ke bahagian pasu.

“Selain itu, bahagian bawah pula direka sebagai tempat takungan air untuk disalurkan kepada tanaman dan terdapat lampu suluh mudah alih yang menggunakan bateri dan tenaga solar untuk menjadi penunjuk arah bagi mangsa banjir di Bentong,”katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2023 dan Malaysia Techlimpycs 2023 Peringkat Zon Timur, di Dewan Jubli Perak, di sini, baru-baru ini.

Katanya, Green Light yang ada pada pasu itu sebagai lampu suluh mudah alih yang dicipta bagi membantu mangsa banjir ketika kecemasan.

Menurutnya, Green Light juga sebagai pasu tanaman yang menjadi salah satu langkah mengekalkan kelestarian di bumi hijau.

Tambahnya, produk itu turut dihasilkan oleh tiga orang rakannya, Nurul Iman Nabella Nor Azman, 14, Qaseh Hudaifah Abdullah, 14 dan Zulfazri Muhamat Zulkifli, 14.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here