Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah rumah musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Durian Pahit, Ketereh, di sini, hari ini.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Azman Mohd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.55 pagi, hari ini.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengarahkan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh yang baru sahaja selesai menjalankan operasi di lokasi kemalangan, dan terus bergerak ke lokasi kebakaran yang terletak kira-kira 16 kilometer.
“Sebaik tiba, kita dapati sebuah rumah jenis kekal terbakar pada keluasan 60×40 kakipersegi dengan kemusnahan 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, bagaimanapun kebakaran terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Operasi pemadaman api melibatkan BBP Pasir Tumbuh (bantuan), BBP Ketereh dan BBP Kota Bharu.
Operasi itu terkawal kira-kira jam 12.16 tengahari.
IMedikel TV






