Home Luar Negara SEBAHAGIAN ACEH, SUMATERA UTARA ‘BERGELAP’ PADA JUMAAT

SEBAHAGIAN ACEH, SUMATERA UTARA ‘BERGELAP’ PADA JUMAAT

47
0

Jakarta: Syarikat utiliti elektrik negara Indonesia, PLN melaporkan gangguan pada sistem elektrik di utara dan tengah Sumatera yang menyebabkan gangguan bekalan kuasa besar-besaran di beberapa wilayah di pulau itu pada Jumaat, lapor Tempo.

Gangguan itu menjejaskan bekalan elektrik di sebahagian wilayah Aceh dan Sumatera Utara. Selain itu, media tempatan turut melaporkan kejadian bekalan elektrik terputus di sebahagian besar Sumatera Barat dan Riau.

Pengurus Komunikasi PLN Sumatera Utara, Darma Saputra berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat punca gangguan sambil mempercepatkan proses pemulihan bekalan elektrik secara berperingkat.

Menurutnya, bekalan elektrik di Sumatera Utara mula terputus jam 6.44 petang.

Sementara itu, Antara melaporkan bahawa Bandar Raya Pekanbaru mengalami gangguan bekalan elektrik sepenuhnya yang bukan sahaja menjejaskan lampu di bangunan, malah lampu isyarat.

Cuaca panas di bandar raya itu memburukkan lagi keadaan apabila ramai penduduk mengadu suasana yang menjadi tidak selesa dan rimas.

PLN turut memohon maaf atas gangguan perkhidmatan itu dan meminta orang ramai bersabar sepanjang proses pemulihan dijalankan.

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi Korporat & TJSL PLN, Gregorius Adi Trianto pula memberi jaminan bahawa syarikat itu sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap gangguan sistem elektrik di seluruh Sumatera.

Menurutnya, pasukan teknikal sudah dikerahkan bagi mempercepat proses pemulihan serta menyiasat punca sebenar kejadian. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here