Home Buletin Semasa RUMAH PUSAKA HANGUS

RUMAH PUSAKA HANGUS

141
0

TERENGGANU: Seorang lelaki cedera ringan selepas rumah pusaka dua tingkat yang dihuninya di Kampung Pak Madah, Bukit Payung, dekat sini hangus terbakar.

Komander operasi, Zulkifli Mat Akhir, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.21 malam.

Katanya, 15 anggota bergegas ke lokasi kejadian membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Wakaf Tapai dan sembilan anggota dari BBP Marang serta tiga anggota pasukan bomba sukarela (PBS) Seri Payung.

Katanya, dua jentera memadam kebakaran iaitu lori tangki dan unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang musnah 70 peratus.

“Seorang mangsa lelaki dewasa cedera satu peratus dan kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan air daripada lori tangki,” katanya.

Sumber BH ONLINE

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here