Home Hiburan QUE HAIDAR RAIKAN SYAWAL DENGAN TRADISI KELUARGA

QUE HAIDAR RAIKAN SYAWAL DENGAN TRADISI KELUARGA

98
0

KUALA LUMPUR: Setiap kali Syawal menjelma, pelakon, Que Haidar, 46, tetap menyambut Aidilfitri dalam suasana meriah bersama adik-beradik walaupun tanpa kehadiran ibu bapa.

Memetik laporan Berita Harian, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkata, hubungan rapat bersama sembilan adik-beradiknya menjadi penguat semangat untuk terus meraikan tradisi keluarga di Felda Taib Andak, Kulai.

“Saya belum sempat membuat persiapan raya lagi, tetapi seperti biasa saya akan beraya di Kulai bersama sembilan adik-beradik lain.

“Kalau bab memasak, saya serahkan kepada kakak-kakak. Momen paling saya nantikan adalah apabila dapat berkumpul lengkap satu keluarga pada hari raya,” katanya kepada BH Online.

Bintang telefilem Pencipta Pegang Waktu itu berkata, setiap kali berkumpul, pelbagai kisah lama pasti diimbau semula, sekali gus menceriakan suasana malam raya.

“Kalau tanya rutin, kami memang suka bergosip, tetapi tentang kisah lama masing-masing. Memang kelakar.

“Biasanya pada malam raya ketika semua sibuk bakar lemang dan memasak bersama, kami mula berkongsi cerita lucu zaman kanak-kanak sebelum sesi ‘kutuk-mengutuk’ bermula. Memang kecoh,” katanya.

Selain itu, Que turut meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai duta jenama pakaian tempatan, sekali gus membolehkannya memiliki puluhan pasang baju Melayu untuk Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini saya ada 46 pasang baju raya daripada Jakel. Insya-Allah, satu hari satu baju sehingga Aidiladha.

“Ini pengalaman paling banyak saya pernah ada baju Melayu. Alhamdulillah,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here