Home Buletin Semasa PROGRAM AGROTEK KV BANTU JANA EKONOMI

PROGRAM AGROTEK KV BANTU JANA EKONOMI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan IMedikel TV

PASIR PUTEH: Kementerian Pendidikan Malaysia, K-P-M akan memperkukuh program agrotek di kolej vokasional seluruh negara dalam usaha menjadikan sektor itu sebagai sumber ekonomi negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program pertanian yang terdapat di kolej vokasional adalah program yang mempunyai nilai pasaran pekerjaan serta mendapat permintaan tinggi dari sektor industri.

“Agroteknologi ini mampu mencetus inspirasi buat anak muda terlibat dalam bidang ini dan seterusnya meningkatkan ilmu keusahawanan mereka di samping mengembangkan potensi pertanian atau penternakan yang berbeza daripada apa yang sedang diusahakan sekarang.

“Sektor Pendidikan telah menjalin hubungan strategik melalui kerjasama dengan agensi serta industri berkaitan bagi menjayakan Dasar Agromakaan Negara (DAN2.0) melalui inisiatif pemerkasaan program pertanian KV KPM,”katanya dalam ucapan sempena Karnival Argotek Madani@KVKPM 2023, di Kolej Vokasional Psir Puteh, di sini, semalam.

Fadhlina berkata melalui penganjuran carnival itu, peranan sektor Pendidikan untuk menyanpaikan maklumat kepada generasi muda dapat dilakukan dengan pendekatan yang lebih menarik.

Katanya kerjasama antara sektor Pendidikan dengan industri dalam sektor pertanian mampu meningkatkan nilai tambah hasil pertanian.

Justeru, katanya pembangunan  pertanian melalui konsep “Malaysia Madani” seiring dengan objektif carnival itu mempromosi aplikasi teknologi pertanian dalam meningkatkan produktiviti dan ekonomi masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here