Home Sukan PRESTIANNI NAFI DAKWAAN RASIS TERHADAP VINICIUS

PRESTIANNI NAFI DAKWAAN RASIS TERHADAP VINICIUS

32
0

BUENOS AIRES: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian pemain sayap Benfica, Gianluca Prestianni menafikan dakwaan berunsur perkauman terhadap penyerang Real Madrid, Vinicius Junior sambil menyifatkan hukuman yang diterimanya sebagai dilakukan “tanpa bukti.”

Pemain Argentina berusia 20 tahun itu dituduh mengeluarkan kata-kata rasis terhadap pemain Brazil itu pada Februari lalu, ketika menutup mulut menggunakan jersinya.

Pengadil menghentikan perlawanan selama 10 minit susulan insiden itu dan pemain itu kemudian digantung untuk aksi timbal balik oleh UEFA yang turut membuka siasatan.

Jika didapati bersalah, Prestianni berdepan penggantungan sekurang-kurangnya 10 perlawanan.

Real Madrid mara dengan agregat 3-1 untuk layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Prestianni berkata kepada penyiar Argentina, Telefe terlepas aksi timbal balik di Madrid “amat menyakitkan” dan menegaskan dia tidak melakukan penghinaan itu.

“Saya memikirkan mengenai ayah, ibu dan datuk nenek saya, mengenai semua perkara yang diperkatakan yang tidak mencerminkan siapa saya dan sebenarnya tidak berlaku,” katanya dalam temu bual pertama sejak insiden itu.

“Ia sesuatu yang buruk dan sangat menyakitkan.”

Dia turut meluahkan penghargaan kepada kelab serta rakan sepasukan atas sokongan yang diberikan, selain menyifatkan jurulatihnya, Jose Mourinho sebagai seorang yang hebat.

Mourinho sebelum ini dikritik selepas seolah-olah memberi bayangan Vinicius mencetuskan insiden itu menerusi sambutan golnya pada aksi pertama.

Bagaimanapun, pengendali Benfica itu kemudian menjelaskan pendiriannya dengan menegaskan jika dakwaan rasis terbukti benar, pemain itu tidak akan diturunkan lagi olehnya.

Prestianni turut dipanggil menyertai skuad Argentina bagi aksi persahabatan minggu lalu.

“Saya bekerja setiap hari untuk meraih peluang ini,” katanya sambil menambah impian terbesarnya adalah beraksi pada Piala Dunia bersama Albiceleste. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here