Home Buletin Semasa PIL YABA BERNILAI RM60,000 DIRAMPAS, EJEN PENARIK KERETA DITAHAN

PIL YABA BERNILAI RM60,000 DIRAMPAS, EJEN PENARIK KERETA DITAHAN

42
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki memiliki 6,000 biji pil disyaki dadah jenis Yaba bernilai kira-kira RM60,000 dalam serbuan di tepi Jalan Kubang Batang, Wakaf Bharu, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, suspek berusia 35 tahun yang bekerja sebagai ejen penarik kereta ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan satu bungkusan mengandungi 30 paket plastik berisi 6,000 biji pil disyaki dadah jenis Yaba dengan anggaran berat 610 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM60,000.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek telah dibenarkan direman selama tujuh hari bermula 13 Julai 2026 bagi membantu siasatan.

Mohd Khairi berkata, PDRM Tumpat komited memerangi penyalahgunaan dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah kepada pihak polis kerana dadah adalah musuh nombor satu negara.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here