Home Buletin Semasa PGA RAMPAS TANAMAN DISYAKI BERPENYAKIT BERNILAI RM750,000

PGA RAMPAS TANAMAN DISYAKI BERPENYAKIT BERNILAI RM750,000

443
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas sejumlah tanaman hiasan bernilai RM750,000 dalam satu operasi di sekatan jalan raya Lalang Pepuyu, di sini petang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan sekitar jam 5 petang semasa anggota PGA menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Pemeriksaan terhadap sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan membawa kepada penemuan pelbagai jenis pokok hiasan di ruang belakang kenderaan terbabit.

“Antara yang dirampas ialah 40 pokok Fragrea Fragrans, 9 pokok Juniperus Chinensis, satu pokok Salix Babylonica, lapan pokok Grescentia Alata (ketinggian 3 kaki) dan dua pokok Grescentia Alata (ketinggian 2 kaki) dan anggaran nilai rampasan bernilai RM 750 ribu termasuk lori,”katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tanaman-tanaman ini dipercayai mempunyai serangga perosak dan penyakit yang boleh menjejaskan industri pertanian tempatan

“Suspek, seorang lelaki berusia 24 tahun turut ditahan, dipercayai berperanan sebagai penghantar tanaman ke sebuah nurseri tempatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167), manakala semua barang rampasan termasuk lori diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here