TORONTO: Tindakan seorang remaja berusia 16 tahun menyerang seorang ahli keluarganya di dalam pesawat mengakibatkan penerbangan itu dihalang untuk meneruskan perjalanannya, lapor USA Today.
Memetik laporan AFP menerusi harian metro Polis Diraja Kanada dalam satu kenyataan berkata, Penerbangan Air Canada 137 itu sedang dalam perjalanan dari Toronto ke Calgary apabila pergaduhan itu berlaku.
Polis berkata, pesawat itu kemudian dilencongkan ke Lapangan Terbang Winnipeg James Armstrong Richardson Winnipeg.
Menurut polis, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu apabila terdapat seorang penumpang yang bertindak ganas di atas pesawat menyerang penumpang lain.
Selepas siasatan dilakukan, didapati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Grande Prairie, didakwa menyerang seorang lelaki di dalam pesawat yang kemudiannya dikenal pasti sebagai ahli keluargan
“Pekerja syarikat penerbangan dan penumpang berjaya menahan remaja itu selepas serangan itu,” tulis polis dalam kenyataan itu.
Menurut polis lagi, mangsa dirawat di tempat kejadian atas kecederaan fizikal kecil.Remaja itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk penilaian perubatan.Tiada kecederaan lain yang dilaporkan dan motif serangan itu juga tidak diketahui.- AFP-HMETRO –
Imedikel TV






