Home Buletin Semasa PESARA GURU RUGI RM50,000 ANGKARA SCAMMER

PESARA GURU RUGI RM50,000 ANGKARA SCAMMER

162
0

IPOH: Seorang pesara guru wanita berputih mata apabila kerugian wang lebih RM 500,000 gara-gara terpedaya dengan panggilan ‘telefon scam’ yang kononnya dari syarikat insurans.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata wanita berusia 59 tahun itu pada mulanya dikatakan mempunyai tuntutan insurans di sebuah hospital swasta sebelum panggilannya disambung kepada ‘pegawai polis’ untuk siasatan sumber kewangan yang ada dalam akaun wanita itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, wanita itu diminta untuk membuat pindahan keseluruhan wang ke dalam satu akaun miliknya bagi tujuan siasatan sumber kewangan milik mangsa.

Akibat cemas dan ketakutan, mangsa telah memberikan semua maklumat kad ATM Bank milik mangsa kepada individu itu bagi tujuan siasatan

Mohd Yusri berkata, mangsa kemudian menyedari wangnya sebanyak RM 585,904.22 telah lesap ketika ingin mengeluarkan wang dari akaun banknya. Mangsa menyedari telah ditipu ‘syarikat insurans’ itu dan membuat laporan polis.

Justeru, orang ramai diingatkan mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak menjadi mangsa ‘telefon scam’ termasuk tidak melayan panggilan telefon atau mesej individu atau nombor telefon yang tidak dikenali .

“Guna aplikasi whoscall, truecaller dan sebagainya untuk mengetahui identiti pemanggil, jangan mudah panik dan cemas apabila menerima panggilan dari scammer.

Katanya agensi penguatkuasaan di malaysia tidak akan menelefon untuk mengugut seraya memberi pilihan untuk “selesai di luar”, sentiasa membuat semakan dan pengesahan dengan jabatan atau agensi yang berkaitan.’

Sumber bernama

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here