Home Buletin Semasa PEROLEHAN SEKTOR KOPERASI CECAH RM82 BILION, GUBAL AKTA BAHARU PERKASA GERAKAN KOPERASI

PEROLEHAN SEKTOR KOPERASI CECAH RM82 BILION, GUBAL AKTA BAHARU PERKASA GERAKAN KOPERASI

Oleh: Wartawan IMedikel TV

PENANG: Sektor koperasi negara terusmenunjukkan prestasi memberangsangkan apabila merekodkan perolehan perniagaan hampir RM82 bilion pada 2025, meningkat hampir 20 peratus berbanding RM68bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berkata pencapaian itu membuktikan gerakan koperasi terus berkembang sebagai antara pemacu utama ekonomi negara, hasil usaha berterusan kerajaan memperkukuh kapasiti koperasi,mempercepatkan pendigitalan serta menambah baik tadbir urus sektor berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan positif itu mendorong Kementerian Pembangunan Usahawan danKoperasi (KUSKOP) merangka dan menggubal Akta Koperasi baharu bagi menggantikanAkta Koperasi 1993.

“Akta baharu ini bertujuan mereformasi pentadbiran dan memperkukuh ekosistem gerakan koperasi supaya lebih berdaya saing serta memenuhi keperluan semasa.

“Fokus utama akta baharu ini adalah memudah cara urusan perniagaan koperasi, memperkemaskan syarat dan proses pelaburan serta memperkukuh aspek tadbir urus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Koperasi Negara (HKN) 2026 di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Katanya sehingga 31 Disember tahun lalu, Malaysia mempunyai 16,468 koperasi berdaftar dengan hampir 7.3 juta anggota, sekali gus menyaksikan seorang daripada setiap empat rakyat Malaysia adalah anggota koperasi.

Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, gerakan koperasi negara kini memiliki modal syer dan yuran berjumlah RM18.6 bilion serta aset bernilai RM186.7bilion.

”Bagi memperkukuh lagi sektor itu, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM254j uta kepada SKM bagi tahun 2026, iaitu peruntukan terbesar dalam sejarah gerakan koperasi sejak penubuhannya pada 1922.

“Peruntukan ini akan disalurkan menerusi 28 program, termasuk tujuh program baharu yang memberi tumpuan kepada pendigitalan, penggunaan teknologi, pematuhan elemen kelestarian serta teknologi hijau bagi meningkatkan daya saing koperasi.

“Daripada jumlah itu, RM226 juta diperuntukkan menerusi Tabung Modal Pusingan SKM (TMP-SKM) bagi memperkasa gerakan koperasi.

“Sehingga kini, sebanyak 18 koperasi telah diluluskan pembiayaan berjumlah hampir RM53 juta bagi meningkatkan kapasiti serta mengembangkan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengarahkan KUSKOP dan SKM mempercepatkan proses kelulusan permohonan dana koperasi dengan sasaran setiap permohonan yang memenuhi syarat dapat diluluskan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan peruntukan yang disediakan kerajaan dapat dimanfaatkan segera oleh koperasi untuk mengembangkan perniagaan dan memperkukuh sumbangan sektor berkenaan kepada ekonomi negara.

”Saya minta SKM dan KUSKOP mempercepatkan proses kelulusan permohonan.Tidak perlu tunggu berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

”Apabila koperasi mengemukakan permohonan, jangan biarkan mereka menunggu terlalu lama. Kalau boleh, dalam tempoh seminggu kita luluskan permohonan yang diminta oleh koperasi-koperasi,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here