Home Buletin Semasa PERHILITAN ADAKAN OPERASI TANGKAPAN TERHADAP SERANGAN GAJAH LIAR KE ATAS PENOREH GETAH,...

PERHILITAN ADAKAN OPERASI TANGKAPAN TERHADAP SERANGAN GAJAH LIAR KE ATAS PENOREH GETAH, KAKITANGAN DI KUALA KRAI

334
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KUALA KRAI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengambil tindakan mengadakan operasi tangkapan mengenai laporan serangan gajah liar ke atas penoreh getah dan kakitangannya di Kampung Laloh, Kuala Krai, kelmarin.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, kelmarin pihaknya menerima aduan serangan seekor gajah liar telah mencederakan seorang penoreh getah di kawasan kebun berhampiran rumah mangsa di Kampung Laloh, di sini.

“Bertindak atas aduan berkenaan, anggota daripada Pejabat Perhilitan Daerah Kuala Krai segera ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati aduan tersebut adalah benar.

“Mangsa telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Jelasnya semasa menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian, seorang kakitangan PERHILITAN Daerah Kuala Krai telah bertembung dan diserang seekor gajah liar menyebabkan kecederaan di bahagian kaki.

Mohamad Hafid berkata kakitangan berusia lingkungan 40 tahun tersebut dibawa keluar dari lokasi serangan oleh beberapa kakitangan lain dan dibawa ke Unit Kecemasan di Hospital Ismail Petra, di sini, untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, PERHILITAN telah menjalankan operasi tangkapan dan kawalan bagi menjaga keselamatan penduduk.

“Orang ramai juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar, juga tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan kepada diri sendiri,” katanya.

Katanya sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Terdahulu, semalam media melaporkan seorang warga emas wanita yang juga penoreh getah dan seorang kakitangan PERHILITAN cedera parah akibat diserang gajah liar dalam dua kejadian berasingan di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here