Home Sukan PERAK BENAM NEGERI SEMBILAN DI PAROI

PERAK BENAM NEGERI SEMBILAN DI PAROI

134
0

SEREMBAN: Hasrat Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk kembali menemui sentuhan kemenangan tidak kesampaian apabila tewas 0-1 di tangan Perak FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Meskipun mendapat sokongan padu 1,133 penyokong setia, namun ia tidak dapat membantu skuad Hobin Jang Hobin untuk memperagakan aksi mantap dan bertenaga bagi meraih tiga mata.

Ini adalah kekalahan kesembilan dicatatkan NSFC dalam 22 perlawanan.

Terdahulu, kedua-dua pasukan memperlihatkan persembahan yang seimbang apabila saling berbalas serangan bagi memburu gol awal.

Memetik laporan menerusi berita harian Bagaimanapun, kekebalan bahagian pertahanan pasukan masing-masing yang berjaya melaksanakan tugas dengan baik membuatkan tidak banyak percubaan tepat dapat dilakukan jentera serangan terutama pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan yang menurunkan tiga pemain import iaitu Herold Goulon, Casagrande dan Hein Thet Aung hanya mampu melakukan percubaan tepat pada minit ke-25 menerusi sepakan bola mati dari jarak kira-kira 25 meter oleh Thet Aung yang berjaya ditepis penjaga gawang pasukan pelawat, Muhammad Farhan Abdul Majid.

Perak bagaimanapun tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol sebaik bersambung babak kedua, apabila Luka Milunovic menolak kemas bola lorongan Luciano Guaycochea untuk menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Sikh Azman, pada minit ke-50.

Terkejut dengan jaringan pantas itu, K Devan membuat pertukaran tiga pemain dengan memasukkan Sean Eugene Selvaraj, A Selvan dan Che Rashid Che Halim dan mengeluarkan Mahali Jasuli, Casagrande dan Filemon Anyie, untuk memperkemaskan semula jentera serangan.

Bagaimanapun usaha berkenaan juga tidak berkesan dalam misi untuk menembusi gawang Perak.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here