Home Buletin Semasa PENGANGGUR DIDAKWA TIKAM ABANG GUNA SENJATA TULANG IKAN PARI

PENGANGGUR DIDAKWA TIKAM ABANG GUNA SENJATA TULANG IKAN PARI

338
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan menikam abangnya sehingga cedera parah menggunakan tulang ekor pari, di Kampung Pauh Jabit BerisKubor Besar, Bachok pada 1 Mei lalu.

Tertuduh, Mohd Izwan Sukarnor, 36, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap abangnya berusia 40 tahun menggunakan senjata tulang ekor pari di sebuah rumah di Kampung Pauh Jabit Beris Kubur Besar, Bachok pada 9.30 pagi, 1 Mei lalu,

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan, dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh dua kali ganda dari tempoh maksimum, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana mangsa tersebut adalah abangnya.

Zulkifli menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here