Home Luar Negara PENERBANGAN KE THAILAND MENDARAT CEMAS GARA-GARA PENUMPANG CUBA TERJUN, TANGGAL PAKAIAN

PENERBANGAN KE THAILAND MENDARAT CEMAS GARA-GARA PENUMPANG CUBA TERJUN, TANGGAL PAKAIAN

38
0

BANGKOK: Sebuah penerbangan ke Thailand terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas seorang penumpang warga Rusia menanggalkan pakaian dan cuba terjun dari pesawat, lapor NDTV World.

Memetik laporan Agensi menerusi harian Metro, kejadian berlaku pada 29 Januari membabitkan sebuah penerbangan yang berlepas dari Nha Trang, Vietnam, selepas mengalami kelewatan lebih sejam 40 minit.

Satu video kejadian itu tular di media sosial yang memaparkan lelaki terbabit mengugut kru kabin dan bertindak agresif.

Lelaki itu dilihat menjerit dalam bahasa Inggeris: ‘Jangan sentuh saya’.

Dengan hanya berpakaian dalam berwarna hitam, lelaki terbabit terus memaki hamun dan mengarahkan kru kabin membuka pintu keluar pesawat.

Meskipun kru dan penumpang lain cuba menenangkannya, lelaki terbabit tetap berkeras mahu keluar dari pesawat.

“Boleh anda beritahu pramugari supaya buka pintu ini? Adakah mereka mahu kita mati di sini,” katanya dalam bahasa Rusia.

Menurut seorang penumpang, lelaki itu mula berkelakuan pelik selepas bertemu dengan seorang penumpang lain di dalam pesawat.

Seorang lagi penumpang memberitahu sebelum menanggalkan pakaian, lelaki terbabit kerap ke tandas dan kelihatan sangat gelisah.

Selepas pesawat mendarat dan berhenti, dia didakwa meluru keluar sebelum tangga lapangan terbang dipasang dan terjun ke atas landasan.

Dia dilaporkan mengalami kecederaan akibat tindakan itu tetapi cuba melarikan diri.

Pihak berkuasa Thailand menahan lelaki terbabit di landasan.

Laporan media tempatan menunjukkan dia mungkin berdepan tindakan undang-undang termasuk denda atau kemungkinan hukuman penjara. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here