Home Buletin Semasa PEMBAKARAN GAS TAK SEMPURNA PUNCA PELEPASAN ASAP HITAM PREMIS TAPIS MINYAK MENTAH...

PEMBAKARAN GAS TAK SEMPURNA PUNCA PELEPASAN ASAP HITAM PREMIS TAPIS MINYAK MENTAH DI PORT DICKSON – NIK NAZMI

201
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memeriksa sebuah premis penapisan minyak mentah di Port Dickson.

Menurut Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam suatu kenyataan media, premis tersebut sudah diadu menyebabkan pencemaran udara dan asap hitam yang mengganggu penduduk di perumahan berhampiran seperti di Taman Toh Kee Kah dan Taman Mewah, Port Dickson.

“Susulan pemakluman terdahulu dan siasatan JAS pada 6 Julai 2024 pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memaklumkan untuk kilang membuat tindakan pembetulan.

“Pemantauan mendapati premis masih dalam proses startup dan penstabilan untuk beroperasi semula setelah tindakan pembaikan ke atas unit dandang selesai,”katanya.

Beliau berkata pelepasan asap hitam didapati berpunca daripada pembakaran gas yang tidak sempurna semasa proses penstabilan di unit flare.

Katanya bagi tujuan keselamatan, unit flare di dalam proses penapisan minyak mentah digunakan untuk membakar gas yang bertekanan tinggi di dalam sistem loji bagi mengelakan sebarang kejadian lebih buruk seperti kebakaran atau potensi letupan.

“Berdasarkan operasi pemeriksaan hari ini, premis didapati masih dalam proses startup dan penstabilan sebelum beroperasi sepenuhnya

“Dalam hal ini, pihak premis telah memaklumkan bahawa tempoh proses startup terpaksa dilanjutkan dan dijangka selesai sepenuhnya pada hari ini, 8 Julai 2024 disebabkan terdapat isu teknikal semasa proses penstabilan,”katanya.

Beliau turut mengingatkan pihak industri bahawa tindakan tegas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 akan dikenakan ke atas mana-mana premis yang melakukan pencemaran alam sekitar.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here