Home Luar Negara PELAKON JEPUN DITAHAN KERANA CURI SANDWIC

PELAKON JEPUN DITAHAN KERANA CURI SANDWIC

51
0

TOKYO: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, pelakon Anri Sakaguchi baru-baru ini ditahan kerana disyaki mencuri sandwic bernilai 300 yen (kira-kira RM7) dari sebuah kedai serbaneka di sini, lapor VnExpress.

Menurut Asia Business Daily, agensi berita tempatan Kyodo News melaporkan Sakaguchi ditahan pada 17 Mac lalu.

Polis berkata, kakitangan kedai menyedari kelakuan mencurigakan wanita itu sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Pegawai polis menahan Sakaguchi di lokasi kejadian, dan wanita itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan ketika soal siasat.

Sakaguchi, 35, adalah anak kepada mendiang pelakon Ryoko Sakaguchi yang meninggal dunia pada 2013, lapor Chosun Biz.

Dia mendapat watak utama pertamanya dalam filem “Honey Flappers” pada 2014.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, Sakaguchi sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Sejak 2017, dia bekerja dalam industri filem dewasa dan sudah melalui dua kali perceraian.

Menurut Znews, dia juga pernah terbabit dalam insiden lain termasuk ditahan kerana menceroboh rumah bekas kekasihnya. Selepas perkahwinan keduanya berakhir pada akhir 2025, Sakaguchi memaklumkan bahawa dia kini menghadapi masalah kewangan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here