KOTA BHARU: Remaja dan telefon pintar makin sukar untuk dipisahkan kerana ada yang berpendapat penggunaan telefon pintar adalah suatu keperluan di masa kini.
Terdapat ibu bapa yang terpaksa memenuhi keperluan anak mereka dengan membeli telefon pintar termasuk jenama mahal Iphone yang ternyata lebih kepada kehendak.
Penjawat awam, Shella Noraisah Mas’aud, 40.
Seorang penjawat awam, Shella Noraisah Mas’aud, 40, berkata pemberian atau penggunaan telefon pintar kepada anak-anak ada kebaikan dan keburukannya.
“Bagi pendapat saya, tidak salah untuk hadiahkan telefon kepada anak-anak sebagai ganjaran jika anak cemerlang dalam pelajaran.
“Mereka boleh guna telefon untuk mencari maklumat atau bahan untuk persekolahan mereka. Sebagai ibu bapa kita juga perlu mengawal masa penggunaan telefon. Kena ada had masa yang ditetapkan,”katanya kepada pemberita, di sini.
Siti Munirah berkata ibu bapa perlu memantau penggunaan telefon pintar anak-anak.
Manakala ibu kepada dua cahaya mata, Siti Munirah, 40 berkata penggunaan telefon pintar sudah menjadi keperluan kepada anak-anak di masa kini.
“Kalau yang mampu boleh saja hadiahkan Iphone sebagai ganjaran kepada anak-anak dengan syarat cemerlang dalam akademik dan bukan bertujuan untuk bergaya dengan Iphone. Ini mungkin salah satu cara untuk menghargai usaha anak-anak kita.
“Cuma seperti yang kita sedia maklum, jika kita sudah mengambil keputusan untuk memberi telefon kepada anak-anak, tugas kita adalah untuk memantau penggunaan tersebut bagi mengelakkan anak-anak leka dengan bermain permainan videio di telefon mahupun melayari laman web yang kurang bersesuaian dengan umur anak-anak termasuk Youtube,”katanya.
Pilihan di tangan ibu bapa untuk memberi telefon pintar kepada anak-anak supaya mereka tidak ketagih dengan telefon pintar dan selalu memantau penggunaannya serta mengehadkan masa penggunaan telefon pintar.