Home Buletin Semasa OPERASI BLING SEKITAR PASIR MAS

OPERASI BLING SEKITAR PASIR MAS

141
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdaganagn Dalam Negeri Cawangan Pasir Mas menjalankan Operasi Bling bersama Pegawai Penguat Kuasa KPDN Putrajaya sekitar Pasir Mas, semalam.

Pemeriksaan memfokuskan pengujian ketulenan logam berharga telah dijalankan menggunakan alat XRF ke atas produk emas yang dicap dengan standard ketulenan 916.

Hasil pengujian ke atas sampel produk emas 916 yang diambil mendapati julat bacaan bagi komposisi emas adalah antara 91.6% sehingga 94%.

Peniaga logam emas telah diberi penerangan dan nasihat berhubung pematuhan peraturan serta undang-undang di bawah KPDN dan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel Yang Diperbuat Daripada Logam Berharga) 1994.

Dalam operasi tersebut pihak KPDN mendapati tanda harga dipamerkan, alat timbang emas masih dalam tempoh pententusahan dan bacaan timbangannya masih dalam julat yang dibenarkan. – KPDN –

IMedikel TV




LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here