Home Hiburan NYANYIAN SERI DEWI MALAM ASMIDAR RAIH PUJIAN RAMAI

NYANYIAN SERI DEWI MALAM ASMIDAR RAIH PUJIAN RAMAI

12
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Asmidar Ahmad, 40, tetap merendah diri di sebalik pujian ramai terhadap persembahannya pada Konsert ‘A Tribute to Sharifah Aini yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, keadaan itu membuat ramai mahu bakat Asmidar yang menyanyikan lagu Seri Dewi Malam diberikan lebih perhatian oleh penggiat industri seni.

Antara komen mencuri perhatian ialah penyanyi popular, Aisha Retno yang mahu menghasilkan lagu berentak inang versi fusion untuk Asmidar.

Juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa pada 2011 ini berkata, dia amat berterima kasih terhadap semua pujian terhadapnya.

“Syukur, Alhamdulillah kalau orang cakap begitu. Saya hanya jalankan tanggungjawab pada malam itu. Berat tanggungjawab ini untuk saya sebenarnya. 

“Sebab saya tahu peminat Allahyarham Datuk Sharifah Aini sangat sinonim dengan versi dan cara nyanyian beliau. Jadi saya cuba untuk sampaikan sebaik-baiknya bagi menghormati karya-karya beliau.

“Tapi semua itu takkan jadi indah kalau bukan kerana arrangement muzik yang menarik dari MPO juga. Lagu-lagu ini digubah oleh Ahmad Muriz Che Rose dan Azhad Sulaiman. Saya rasa sangat bertuah sebab dapat bekerjasama lagi sekali dengan MPO,” katanya.

Katanya, ini pembabitannya kali kedua bersama MPO dan dia sangat gembira kerana mereka adalah barisan pemuzik profesional.

“Bila diberi kepercayaan menyanyikan lagu Sharifah Aini ini, bukan satu tugas yang mudah sebab cara dan ‘style’ beliau sangat tersendiri.

“Jadi lagu-lagu yang saya pernah nyanyikan sebelum ini pun jadi mencabar kerana perlu mengikut style beliau dan ‘expectation’ peminat beliau. Jadi seriusnya, ini bukan mudah untuk saya,” katanya yang popular dengan lagu Biar Sampai Ke Bintang.-HMetro Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here