Home Sukan NIDZAM AKUI KUCHING CITY LEBIH BAIK

NIDZAM AKUI KUCHING CITY LEBIH BAIK

41
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil enggan menyalahkan barisan pemainnya susulan kekalahan 0-2 kepada Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, semalam.

Kesilapan dilakukan pertahanan Negeri Sembilan dilihat membuka ruang kepada Gabriel Nistelrooy Tamin dan Ronald Ngah Wanja untuk meledak gol buat Kuching City pada babak pertama dan kedua.

Nidzam bagaimanapun mengakui bahawa skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mempamerkan persembahan lebih baik dan berhak untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan itu.

Pengendali berusia 46 tahun itu menjelaskan, pasukannya harus belajar lagi untuk memperbaiki prestasi mereka apatah lagi bakal berdepan tugas getir menentang Selangor pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, Ahad depan.

“Saya berasa Kuching City dari segi struktur dan organisasi, mereka bagus. Saya fikir memang pasukan yang lebih baik menang malam ini. Kami cuba bangkit di babak kedua, namun gol kedua sedikit membunuh momentum.

“Kami kena belajar banyak lagi. Saya tidak katakan yang kesilapan pertahanan tetapi jika anda tengok betul-betul, bagaimana Kuching City memberi tekanan kepada kami untuk melakukan kesilapan.

“Namun, kami sepatutnya boleh elak perkara itu. Membuat keputusan yang pantas, perkara-perkara kecil inilah yang membezakan kami dengan Kuching City,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Negeri Sembilan kekal dengan 17 mata dan berada di kedudukan kelapan liga selepas mengharungi 15 perlawanan.

Selain itu, Nidzam menjelaskan bahawa tindakannya tidak meletakkan Oday Kharoub dalam kesebelasan utama adalah bagi mengelak risiko kerana pemain itu baru pulih daripada kecederaan.

“Kalau ikutkan pemain bagus seperti Oday memang kita nak masukkan lebih awal daripada minit pertama, tetapi dia baru menjalani latihan penuh hanya dua atau tiga hari sebab mengalami sedikit kecederaan.

“Kami tak boleh ambil risiko dan sudah pasti saya nak gunakan semua pemain terbaik, namun kami juga kena ambil kira mengenai kecederaan,” katanya. -BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here