Home Sukan MESSI, RAKAN SEPASUKAN DIDENDA SUSULAN INSIDEN BERGADUH

MESSI, RAKAN SEPASUKAN DIDENDA SUSULAN INSIDEN BERGADUH

MIAMI: Penyerang sensasi Inter Miami, Lionel Messi, didenda oleh Jawatankuasa Disiplin Major League Soccer (MLS) kerana melanggar polisi liga berkaitan tindakan menyentuh muka, kepala atau leher pemain lawan.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, bagaimanapun, jumlah denda yang dikenakan ke atas bintang Argentina itu tidak didedahkan.

Insiden berlaku pada minit ke-101 ketika Inter Miami seri 2-2 dengan Philadelphia Union di laman lawan di Chester, Pennsylvania, Rabu lalu.

Pemain pertahanan Inter Miami, Ian Fray turut dikenakan denda atas kesalahan sama.

Ketegangan tercetus pada penghujung masa kecederaan babak kedua apabila pemain Miami, Yannick Bright dan pemain Philadelphia, Cavan Sullivan masing-masing dilayangkan kad merah. 

Bagaimanapun, Sullivan menerima berita gembira semalam apabila penggantungan satu perlawanan dan denda susulan kad merah itu dibatalkan.

Panel Semakan Bebas yang terdiri daripada wakil US Soccer, wakil Canada Soccer serta seorang wakil bebas yang dicalonkan oleh Professional Referee Organization, sebulat suara memihak kepada Sullivan berhubung insiden pada minit ke-102.

Keputusan itu membolehkan Sullivan diturunkan bersama Union dalam aksi seterusnya menentang Austin FC, Sabtu ini.

Setiap kelab MLS diberikan hak untuk mengemukakan dua rayuan yang gagal bagi setiap musim termasuk saingan play-off.

Philadelphia yang berjaya dalam rayuan terhadap kad merah Sullivan kini masih mempunyai dua peluang rayuan yang gagal bagi musim 2026.

Dalam perkembangan lain, MLS turut mengenakan denda terhadap pertahanan Toronto FC, Walker Zimmerman atas kegagalannya meninggalkan padang dalam tempoh ditetapkan selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

Zimmerman menerima kad merah ketika Toronto FC seri 3-3 dengan Charlotte FC di laman sendiri, Rabu lalu.

Pertahanan Minnesota United FC, Anthony Markanich pula didenda kerana melanggar polisi liga berkaitan simulasi atau perbuatan membesar-besarkan insiden pada minit ke-71 ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Atlanta United pada hari sama. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here