Home Buletin Semasa MCMC HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH BERHUBUNG KES TELEGRAM

MCMC HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH BERHUBUNG KES TELEGRAM

228
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berhubung permohonan MCMC untuk mendapatkan perintah injunksi sementara dalam kes sivil membabitkan platformTelegram.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, melalui keputusan tersebut, Mahkamah mengeluarkan perintah injunksi larangan sementara yang melarang pihak defendan termasuk pentadbir akaun Edisi Siasat, Edisi Khas, serta pihak Telegram daripada menerbitkan, menyebarkan atau mengulang siar kandungan yang dipertikaikan sebagaimana dinyatakan dalam tuntutan MCMC.

“Keputusan ini selaras dengan peranan MCMC di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) untuk melindungi kepentingan pengguna dan memastikan platform digital tidak disalahgunakan,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, MCMC akan terus memantau pematuhan terhadap perintah berkenaan, manakala isu lain berkaitan tindakan undang-undang terbabit akan ditentukan pada perbicaraan penuh akan datang.

MCMC menegaskan pihaknya kekal komited untuk memastikan ruang digital negara lebih selamat, agar rakyat tidak terdedah kepada penipuan, kandungan berbahaya serta ancaman penyalahgunaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here