Home Buletin Semasa KDN TEGAS TIDAK KOMPROMI KEGANASAN DALAM HIMPUNAN

KDN TEGAS TIDAK KOMPROMI KEGANASAN DALAM HIMPUNAN

209
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

MELAKA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan ganas dan hasutan yang berlaku dalam mana-mana perhimpunan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata tindakan menyerang sehingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu insiden hari ini disifatkan sebagai perbuatan keji, tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima.

“Perlembagaan Persekutuan memang menjamin kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan pandangan, namun kebebasan ini tidak boleh disalahguna. Ia mesti dipatuhi dalam kerangka undang-undang, adab serta norma masyarakat.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kejadian ini. Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi bagi memastikan dalang serta pelaku yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta integriti pasukan keselamatan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

Katanya, kerajaan sentiasa menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman selagi ia mengikut lunas undang-undang, namun mengingatkan bahawa kebebasan itu hadir bersama tanggungjawab.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana usaha menyalahgunakan hak berhimpun untuk tujuan politik sempit, mencetuskan suasana tidak tenteram, atau menghasut kebencian melalui maklumat palsu,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here