Home Sukan MASALAH DISIPLIN PUNCA PRESTASI HAMBAR CHELSEA

MASALAH DISIPLIN PUNCA PRESTASI HAMBAR CHELSEA

LONDON: Pengurus sementara Chelsea, Calum McFarlane mengakui masalah disiplin menjadi antara punca utama kegagalan pasukannya melayakkan diri ke saingan Eropah musim depan.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ke-10 selepas tewas 1-2 kepada Sunderland pada aksi terakhir musim ini, sekali gus memusnahkan harapan tipis mereka untuk beraksi di pentas Eropah.

Dalam perlawanan terakhir McFarlane sebagai pengurus sementara, Chelsea sekali lagi menamatkan aksi dengan 10 pemain apabila pertahanan Perancis, Wesley Fofana dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-61.

Ia menjadi kad merah kelapan Chelsea dalam saingan liga musim ini dan McFarlane mengakui perkara itu memberi kesan besar kepada prestasi pasukan.

“Memang ia satu masalah besar. Saya rasa kami pasukan paling banyak menerima kad merah dalam liga.

“Kalau lihat Arsenal yang menjuarai liga, saya rasa mereka langsung tidak menerima kad merah.

“Sudah tentu situasi ini tidak membantu dan ia perlu diperbaiki musim depan,” katanya.

Chelsea pada awalnya berada di tangga kelapan sebelum aksi terakhir liga, kedudukan yang cukup untuk melayakkan diri ke Liga Konferens UEFA, namun akhirnya tercicir dengan perbezaan satu mata.

Musim hambar The Blues turut menyaksikan mereka tewas di final Piala FA kepada Manchester City.

McFarlane kembali mengendalikan pasukan bagi enam perlawanan terakhir selepas pemecatan Liam Rosenior, selepas sebelum itu turut memangku tugas susulan pemergian Enzo Maresca.

Bekas pengendali Real Madrid dan Bayer Leverkusen, Xabi Alonso akan mengambil alih pasukan mulai 1 Julai ini. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here