Home Luar Negara 8 INDIVIDU BAWA 18 JEMAAH HAJI TANPA PERMIT KENA PENALTI

8 INDIVIDU BAWA 18 JEMAAH HAJI TANPA PERMIT KENA PENALTI

MINA: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memaklumkan bahawa Pasukan Keselamatan Haji yang ditempatkan di pintu masuk ke Makkah menahan seorang ekspatriat dan tujuh rakyat tempatan kerana melanggar peraturan haji dengan membawa 18 individu tanpa permit sah.

Memetik laporan Bernama-SPA menerusi Berita Harian, kementerian mengenakan denda sehingga SAR100,000 terhadap pihak yang membawa jemaah tanpa permit dan semua individu yang terbabit dalam pelanggaran itu.

Denda sehingga SAR20,000 turut dikenakan terhadap individu yang dibawa kerana cuba menunaikan haji tanpa permit, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Ekspatriat yang melanggar peraturan itu akan dihantar pulang dan dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Kementerian itu turut mengarahkan kenderaan yang digunakan untuk membawa pesalah disita. – BERNAMA-SPA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here