MARSEILLE: Pemain tengah Tottenham Hotspur Pierre-Emile Hojbjerg menyertai Olympique de Marseille secara pinjaman, menurut kedua-dua kelab awal pagi tadi.
Ketika butiran lanjut kewangan tidak didedahkan, media British melaporkan Marseille bersetuju membayar sekitar 16 juta pound (RM96 juta) untuk pemain berusia 28 tahun itu jika mahu mendapatkannya secara kekal.
Pemain antarabangsa Denmark yang berbaki kontrak setahun di Spurs itu tampil 184 perlawanan dan menjaringkan 10 gol untuk kelab Utara London.
Dia menyertai Spurs pada 2020 selepas empat tahun di Southampton yang sebelum itu beraksi dengan Bayern Munich.
Hojbjerg kurang mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan musim lalu dengan Pape Matar Sarr, Yves Bissouma dan Rodrigo Bentancur lebih menjadi pilihan di bahagian tengah.
Marseille yang melantik bekas pengurus Brighton & Hove Albion Roberto De Zerbi sebagai ketua jurulatih bulan lalu memulakan kempen Ligue 1 di Brest pada 18 Ogos.
Mereka turut menandatangani bekas penyerang Manchester United Mason Greenwood. – REUTERS, HMetro Online –
IMedikel TV






