Home Sukan LYLES, MCLAUGHLIN-LEVRONE CALON UTAMA ANUGERAH OLAHRAGA DUNIA

LYLES, MCLAUGHLIN-LEVRONE CALON UTAMA ANUGERAH OLAHRAGA DUNIA

352
0

PARIS: Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles dan ratu 400 meter, Sydney McLaughlin-Levrone antara nama besar tersenarai sebagai calon Anugerah Atlet Trek Terbaik Dunia 2025, menurut senarai rasmi dikeluarkan Olahraga Dunia (WA), semalam.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Lyles menjadi tumpuan dalam kalangan lima calon kategori lelaki selepas merangkul dua pingat emas – 200m dan 4x100m pada Kejohanan Dunia di Tokyo bulan lalu, namun belum pasti menggenggam gelaran berprestij itu.

Menariknya, walaupun muncul juara 100m di Sukan Olimpik Paris tahun lalu, dia tidak dipilih antara dua finalis utama ketika itu.

Pelari berusia 27 tahun itu akan berdepan saingan sengit daripada jaguh Perancis, Jimmy Gressier, pemenang mengejut acara 10,000m di Tokyo yang turut meraih gangsa dalam 5,000m, serta rakan senegaranya Rai Benjamin, juara 400m berpagar dunia.

Kategori wanita turut menyaksikan dominasi pelari AS apabila McLaughlin-Levrone disertai Melissa Jefferson-Wooden, yang memenangi tiga gelaran di Tokyo – 100m, 200m dan 4x100m.

McLaughlin-Levrone, yang sudah dua kali meraih emas Olimpik, mengukuhkan kedudukannya sebagai pelari terhebat era moden selepas muncul wanita pertama dalam 40 tahun memecahkan halangan 48 saat dalam acara 400m di Tokyo, selain turut membantu pasukan 4x400m meraih emas.

Proses undian dibuka di semua saluran media sosial rasmi WA hingga 19 Oktober, dengan dua finalis utama bakal diumumkan pada 2 November depan.

Calon lelaki: Rai Benjamin (AS), Jimmy Gressier (Perancis), Noah Lyles (AS), Cordell Tinch (AS), Emmanuel Wanyonyi (Kenya).

Calon wanita: Femke Bol (Belanda), Beatrice Chebet (Kenya), Melissa Jefferson-Wooden (AS), Faith Kipyegon (Kenya), Sydney McLaughlin-Levrone (AS). – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here