Home Sukan LIVERPOOL TUMPAS AKSI PERTAMA SLOT

LIVERPOOL TUMPAS AKSI PERTAMA SLOT

148
0

LIVERPOOL, England: Liverpool mengalami kekalahan dalam perlawanan pertama di bawah kendalian pengurus baharu Arne Slot.

Warga Belanda itu tiba di Anfield menerusi kontrak tiga tahun dari Feyenoord selepas menggantikan Jurgen Klopp dan secara rasmi memulakan kerja sebagai ketua jurulatih pada 1 Jun lalu.

Era baharu di Anfield bermula minggu lalu dengan Slot dan staf kejurulatihannya menguji tahap kecergasan pemain selepas mereka kembali daripada percutian.

Persiapan bagi musim baharu diperhebatkan semalam apabila Liverpool berdepan kelab Liga Kejuaraan, Preston North End pada satu aksi persahabatan pramusim secara tertutup di Pusat Latihan AXA.

Slot menurunkan 25 pemain sepanjang 90 minit aksi termasuk beberapa pemain tonggak utama.

Curtis Jones, Harvey Elliott, Dominik Szoboszlai dan Mohamed Salah antara yang turun dalam kesebelasan utama dan beraksi sepanjang babak pertama.

Salah hampir membuka tirai jaringan dalam 45 minit pertama apabila percubaannya terkena palang dari dalam kotak penalti selepas menyambut hantaran lintang Konstantinos Tsimikas.

Menurut akaun rasmi Preston, gol Brady hadir menerusi lambungan menakjubkan dari jarak kira-kira 35 meter.

Slot membuat perubahan pada babak kedua dengan majoriti pemain muda beraksi di samping Wataru Endo dan Stefan Bajcetic. – AGENSI,BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here