Home Sukan LIVERPOOL TENGAH PUJUK ALEXANDER-ARNOLD

LIVERPOOL TENGAH PUJUK ALEXANDER-ARNOLD

136
0

LIVERPOOL: Liverpool dilaporkan membuat tawaran lumayan untuk Trent Alexander-Arnold dalam usaha menghalangnya berpindah ke Real Madrid.

Pertahanan Liverpool itu menjadi buruan kelab gergasi La Liga dengan kontraknya bakal tamat di akhir musim ini.

Real Madrid bebas untuk berunding persetujuan pra-kontrak dengan Alexander-Arnold, 26, dengan jendela perpindahan Januari terbuka.

Bagaimanapun Liverpool mahu mengekalkan pemain England itu di Anfield sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi.

The Mirror mendakwa Alexander-Arnold ditawarkan kontrak lima tahun bernilai £78 juta (RM438.7 juta).

Pakej kewangan ini akan memberikannya bayaran £300,000 (RM1.68 juta) seminggu, yang akan menjadikannya salah seorang pemain termahal di Liga Perdana Inggeris.

Dipercayai perjanjian itu menyamai jumlah yang ditawarkan oleh Real kepada Alexander-Arnold. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here