Home Sukan LIVERPOOL TAK PERLU PANIK

LIVERPOOL TAK PERLU PANIK

308
0

LONDON: Virgil van Dijk menegaskan Liverpool tidak seharusnya panik walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut buat kali kedua di bawah kendalian Arne Slot, selepas tewas kepada Galatasaray, semalam.

Memetik laporan Agensi menerus Harian Metro, kecederaan menimpa Alisson dan Hugo Ekitiké menambah kebimbangan buat Liverpool, namun ketua jurulatih mereka tetap mempertahankan prestasi pasukan serta keputusannya untuk merehatkan Mohamed Salah di Istanbul.

Gol penalti separuh masa pertama oleh Victor Osimhen memastikan kemenangan buat Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara.

Liverpool, yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris, menamatkan permulaan sempurna musim mereka apabila tewas kepada Crystal Palace pada Sabtu, namun Van Dijk tetap yakin pasukan yang telah dibentuk semula itu akan kembali ke prestasi layak juara.

Menurut kapten Liverpool itu: “Saya rasa kami sudah menunjukkan keupayaan kami dalam banyak perlawanan musim ini, tetapi malangnya kami belum melakukannya untuk keseluruhan 90 minit. Ini perkara biasa sebenarnya, dan pada zaman sekarang, anda tidak diberi masa oleh dunia luar, jadi anda perlu kuat dari segi mental.

“Saya sangat yakin. Kami hanya perlu terus bekerja keras dan kekal bersatu. Kami memulakan musim ini dengan baik dari segi pungutan mata. Tidak perlu panik, tetapi peningkatan perlu dibuat.”

Namun agak merisaukan apabila Slot mengesahkan penjaga gol Alisson tidak akan beraksi menentang Chelsea pada awal pagi Ahad disebabkan masalah otot manakala Ekitiké turut dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana kecederaan yang tidak dinyatakan, selepas dilihat memegang bahagian belakang kakinya.

“Alisson berasa sesuatu ketika dia berlari ke belakang. Biasanya apabila seseorang pemain berlari dan tiba-tiba terasa sesuatu, kemudian terjatuh dan tidak kembali bermain. Berbeza dengan 112 kali pemain Galatasaray ‘cedera’ dan kembali bermain seolah-olah tiada apa berlaku, itu petanda buruk. Itulah yang berlaku pada Alisson. Dia hampir pasti (99.9%) tidak akan bermain berdepan Chelsea.

Mengenai kekalahan terbaru itu, Slot berkata: “Bagi saya, ini kekalahan yang berbeza berbanding ketika tewas kepada Palace kerana kali ini ada banyak perkara positif, terutamanya pada separuh masa pertama.

“Pada separuh masa kedua, ia menjadi semakin sukar untuk kami mencipta peluang kerana pertama sekali mereka (Galatasaray) berjuang habis-habisan dan kita kena beri kredit kepada mereka, dan kedua, bola jarang berada dalam permainan pada separuh masa kedua.”

Slot turut menjelaskan beliau merehatkan Mohamed Salah sehingga minit ke-62 untuk mengelakkan risiko kecederaan selepas beban kerja yang tinggi baru-baru ini. -Agensi, BH Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here