Home Luar Negara LIMA MAUT, BAS BERTEMBUNG AMBULANS

LIMA MAUT, BAS BERTEMBUNG AMBULANS

34
0

DHAKA: Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah bas bertembung dengan ambulans di Lebuhraya Dhaka-Barishal di bandar Faridpur, Bangladesh, semalam.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Pegawai Balai Polis Lebuhraya Bhanga, Md Helal Uddin dipetik The Daily Star berkata, kesemua mangsa yang maut adalah penumpang ambulans berkenaan.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Katanya, berdasarkan maklumat saksi, kemalangan berlaku kira-kira 10.30 pagi berhampiran Hentian Bas Shankarpasha di kawasan Dangi di daerah Nagarkanda.

Sebuah bas penumpang yang dalam perjalanan dari Faridpur Sadar ke arah Bhanga bertembung dengan ambulans yang datang dari arah bertentangan di lebuh raya berkenaan. 

Impak pelanggaran kuat itu menyebabkan ambulans remuk teruk, selain mengorbankan lima penumpangnya di lokasi kejadian.

Anggota polis lebuh raya dan pasukan bomba Nagarkanda bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat bagi menjalankan operasi menyelamat.

Katanya, anggota bomba berjaya membawa keluar semua mangsa yang kemudian disahkan meninggal dunia. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here