Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA KRAI: Lima calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas akibat banjir di Kampung Bedal, di sini, hari ini, dibawa anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke sekolah menggunakan lori bomba bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, kesemua pelajar terbabit dihantar ke Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Shukriah, Bukit Sireh pada jam 8.45 pagi.
“Sebaik menerima maklumat, lima anggota bomba segera bergegas ke lokasi dan membantu membawa pelajar berkenaan ke sekolah,” jelas kenyataan itu, hari ini.
IMedikel TV






