Home Buletin Semasa LELAKI WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DALAM GUA 

LELAKI WARGA EMAS DITEMUKAN MAUT DALAM GUA 

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@ IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah gua berhampiran Pulai Vintage Resort, Kampung Pulai, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 9.20 malam selepas lelaki berkenaan dilaporkan tidak sedarkan diri di dalam gua tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama kakak dan seorang rakannya baru tiba di Kampung Pulai dari Terengganu dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, sebelum itu mereka sempat berkunjung ke tokong di Kampung Pulai untuk bersiar-siar sebelum pergi ke sebuah resort kira-kira jam 8 malam untuk menginap.

“Selepas itu, mangsa bersama rakannya menuju ke gua berhampiran. Mangsa kemudian masuk ke dalam gua seorang diri, manakala rakannya menunggu di luar.

“Selepas kira-kira setengah jam, rakannya berasa tidak sedap hati lalu masuk mencari mangsa, namun gagal menemuinya.

Beliau berkata, rakan mangsa kemudian menghubungi pemilik resort sebelum mereka bersama-sama menjalankan usaha mencari mangsa.

“Mangsa akhirnya ditemukan berada di dalam satu lubang sempit di dalam gua berkenaan dan dipercayai telah meninggal dunia.

“Pemilik resort kemudian menghubungi polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gua Musang bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan polis dan JBPM yang tiba di lokasi berjaya mengeluarkan mayat mangsa dari gua sebelum dibawa keluar untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here