Home Buletin Semasa LELAKI DIKHUATIRI HILANG SEJAK ISNIN LALU

LELAKI DIKHUATIRI HILANG SEJAK ISNIN LALU

249
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kandek, Dabong di sini, Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Tinggi II Zaimi Samat, berkata kehilangan Muhd Safuan Che Mood, 38, disedari adiknya ketika solat subuh.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.45 pagi dan seramai lapan anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR).

”Mangsa dikhuatiri hilang dan tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Katanya, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong menjalankan operasi mencari di laluan yang disyaki dilalui oleh mangsa sambil dibantu oleh penduduk kampung tersebut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here