Home Sukan KUARTET 4X100 LELAKI NEGARA GAGAL PERBAHARUI REKOD KEBANGSAAN

KUARTET 4X100 LELAKI NEGARA GAGAL PERBAHARUI REKOD KEBANGSAAN

414
0

HANGZHOU: Kuartet 4×100 meter (m) lelaki negara menamatkan saingan di tangga kelima pada Sukan Asia 2022 di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Memetik laporan AGENSI berita harian,Kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu melakukan catatan 39.19 saat (s).

Catatan itu menyaksikan mereka gagal memperbaharui rekod kebangsaan 39.09s yang dilakar pada temasya Sukan SEA Hanoi, tahun lalu.

Pingat emas dimenangi China dengan catatan 38.29s sementara kuartet Jepun dengan catatan 38.44s memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik Korea Selatan dengan catatan 38.74s.-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here