Home Buletin Semasa KPM SAHUT SARANAN PM, TINGKAT JUMLAH PELAJAR DALAM BIDANG STEM

KPM SAHUT SARANAN PM, TINGKAT JUMLAH PELAJAR DALAM BIDANG STEM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan bilangan murid dalam bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi menampung keperluan sumber manusia dalam bidang berkaitan.

KPM dalam satu kenyataan berkata bgi merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM, semua sekolah berasrama penuh (SBP) melaksanakan pakej STEM.

“Dengan jumlah murid seramai 18,113 atau 98.86 peratus daripada jumlah keseluruhan murid SBP mengambil pakej STEM.

“Manakala baki seramai 209 orang murid SBP atau 1.14 peratus lagi mengambil pakej Sains Sosial,”menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan tumpuan KPM pada waktu ini adalah untuk meningkatkan enrolmen murid yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen di semua jenis sekolah.

“KPM akan turut memperkenalkan inisiatif SBP khusus yang memberi tumpuan kepada bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kerjasama rentas kementerian dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut akan dipertingkatkan bagi memperkasa pembudayaan STEM di semua jenis sekolah dan di setiap peringkat,”menurut kenyataan.

Pakej STEM ditawarkan di SBP adalah murid mengambil semua mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan; murid mengambil semua mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi), Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah; murid mengambil semua mata pelajaran Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi), Matematik Tambahan, Bahasa Arab, Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran; atau murid mengambil dua mata pelajaran Sains Tulen (Fizik dan Kimia), Matematik Tambahan serta Sains Komputer.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here