SEBERANG JAYA: Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited jalankan Program Jualan RAHMAH bagi menangani isu kos sara hidup rakyat.
KPDN dalam usaha untuk menjalankan program tersebut dengan kekerapan dua kali sebulan.
Menurut kenyataan media, objektif utama Program Jualan RAHMAH ini diadakan adalah bagi memastikan program ini sampai secara terus kepada golongan sasar dengan menawarkan barangan keperluan harian.
Pada masa yang sama program ini juga bertujuan untuk menyediakan barangan keperluan harian kepada masyarakat setempat pada harga yang mampu milik serta dapat membantu menghidupkan kembali ekonomi seluruh anggota masyarakat setempat setelah berdepan pandemik sejak dua tahun lepas.
Program Jualan RAHMAH mula diperkenalkan bermula Januari 2023, sejumlah 68 lokasi membabitkan 13 kawasan Parlimen dan 40 DUN telah terlibat dengan Jualan RAHMAH di premis-premis peruncitan di negeri Pulau Pinang.
Penganjuran program ini dapat dilihat memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meringankan kos sara hidup warga Malaysia MADANI. – Kenyataan Media KPDN –
Imedikel TV






