Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima serahan kes daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 204 kilogram minyak masak bersubsidi itu disyaki sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral.
Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN. – KPDN –
IMedikel TV






