Home Buletin Semasa KPDN KELANTAN RAMPAS 1 TAN LPG BERNILAI RM10,000

KPDN KELANTAN RAMPAS 1 TAN LPG BERNILAI RM10,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA KRAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Kelantan merampas hampir satu tan Gas Petroleum Cecair (LPG) dengan nilai rampasan hampir RM10,000 dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Sri Guchil, di sini, pada Isnin.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata dalam operasi yang dijalankan penguatkuasa KPDN Cawangan Kuala Krai pada jam 10.04 pagi itu turut menahan seorang lelaki berumur 59 tahun selepas disyaki terbabit dalam kesalahan menyimpan barang kawalan tanpa kebenaran.

“Dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa turut merampas 50 tong LPG 14kg seberat 700 kg dan 29 tong LPG 12 kg seberat 348 kg.

“Kami turut menyita tiga kenderaan, iaitu sebuah lori Isuzu, sebuah lori Daihatsu, serta sebuah motosikal Honda Wave, yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya pihak berkuasa turut merampas dua resit belian, sebuah buku catatan pesanan pelanggan, dan satu bil elektrik bagi membantu siasatan.

Terhadulu, pihak penguatkuasa turut membut risikan selama seminggu serta pemantauan pegawai penguat kuasa bagi mengenal pasti pemilik perniagaan berkenaan.

Azman berkata kes terbabit bagaimanapun disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here