Oleh: Afrizam Arif, Imedikel TV
TANAH MERAH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berjaya memadamkan sebuah kilang memproses buah kelapa sawit (silo) yang terbakar malam tadi di Felda Kemahang 2, Tanah Merah.
Komander Operasi Asmadi Ariffin berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.25 malam, semalam.

“Kebakaran ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, kami dapati kilang tersebut sudah terbakar sebanyak 50 peratus, namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.
Beliau berkata pihaknya berjaya memadamkan api pada 11.43 malam melibatkan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah dan BBP Kemahang.
Katanya operasi tersebut melibatkan kekuatan 13 anggota dan jentera FRT-2 serta tanker JBPM.
IMedikelTV






