Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN SALUR RM747,000 SUMBANGAN KECEMERLANGAN KEPADA 1,494 PELAJAR SPM, STPM DAN...

KERAJAAN KELANTAN SALUR RM747,000 SUMBANGAN KECEMERLANGAN KEPADA 1,494 PELAJAR SPM, STPM DAN STAM

16
0

Oleh: Afrizam Arif@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM747,000 sebagai sumbangan kecemerlangan kepada 1,494 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lepas, kata Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata, setiap pelajar menerima RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap pencapaian akademik mereka.

“Jumlah pelajar cemerlang pada tahun ini meningkat berbanding 1,300 pelajar pada tahun sebelumnya, sekali gus membuktikan peningkatan prestasi pendidikan di negeri itu.

“Pendidikan merupakan keutamaan kerajaan negeri, sebab itulah kita sanggup membelanjakan peruntukan yang besar bagi memastikan pembangunan pendidikan termasuk sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) terus diperkasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2025, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata, selain sumbangan kecemerlangan, kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan menerusi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) kepada anak Kelantan yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, malah pinjaman itu akan ditukar kepada biasiswa sekiranya pelajar memperoleh keputusan cemerlang di universiti.

Pada majlis itu, turut menerima anugerah, Siti Maisarah Binti Yahya Lotfi, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa, Tumpat dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan STPM 2025 Peringkat Kebangsaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here