Home Buletin Semasa KEMELUT PERTUKARAN MB – TMB KELANTAN JIKA PAS MENANG

KEMELUT PERTUKARAN MB – TMB KELANTAN JIKA PAS MENANG

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

TUMPAT: Calon Pakatan Harapan (PH-PKR), Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Mohamad Zamakh Sari tiba di Pusat Pembuangan Undi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini.

Mohamad Zamakh Sari berkata untuk senario Pilihan Raya Negeri (PRN) 15 kali ini adalah dianggap sebagai trend pengundi senyap.

“Ada kecenderungan anak muda untuk memilih PH.

“Pengumuman Setiausaha Agung PAS semalam mengenai pertukaran kemelut Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga satu peluang untuk kita untuk manfaatkannya dan sedikit sebanyak membantu trend pengundian,”katanya kepada pemberita, di sini, pagi ini.

Tambahnya, menerusi gabungan PH – Barisan Nasional (BN) bekerja keras untuk kemenangan PRN 15 kali ini.

Mohamad Zamakh Sari lengkap berbaju kemeja biru muda tiba kira-kira jam 8.20 pagi dan selesai pada jam 8.26 pagi.

Semalam media melaporkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mengumumkan Ahmad dan Mohd Amar masing-masing akan digantikan dengan seorang agamawan dan teknokrat jika parti menang pada pengundian hari ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here