Home Buletin Semasa KELANTAN SASAR TINGKAT HASIL PADI 4 TAN SEHEKTAR TAHUN INI

KELANTAN SASAR TINGKAT HASIL PADI 4 TAN SEHEKTAR TAHUN INI

255
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemasin Semerak (IADA Kemasin Semerak) optimis menyasarkan peningkatan purata hasil padi daripada tiga tan sehektar kepada empat tan sehektar pada tahun 2026.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, sasaran itu diyakini dapat dicapai melalui pelaksanaan pendekatan Precision Farming yang lebih sistematik dan bersepadu.

“IADA Kemasin Semerak berperanan penting dalam membangunkan pertanian bersepadu di kawasan Kemasin dan Semerak, termasuk pengurusan pengairan, pembangunan sawah padi, dan pemerkasaan petani,” katanya dalam perkongsian di Facebook, pada Ahad.

Jelasnya antara inisiatif utama adalah pemantapan jadual penanaman padi, penggunaan benih berkualiti tinggi, serta pengurusan baja yang lebih efisien melalui Precision Farming.

Menurut beliau, antara inisiatif utama yang sedang diperkukuh ialah pemantapan jadual penanaman padi, penggunaan benih padi berkualiti tinggi serta pengurusan baja yang lebih efisien berasaskan teknologi pertanian moden.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada  Md Faizal Hassan atas pelantikan beliau sebagai Pengarah IADA Kemasin Semerak.

“Semoga kepimpinan beliau membawa kemajuan, inovasi, dan hasil pertanian yang lebih mapan untuk rakyat Kelantan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here