Home Buletin Semasa ROBOTIK WARNAI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026, LEBIH 7,000 PESERTA DIJANGKA SERTAI FUN...

ROBOTIK WARNAI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026, LEBIH 7,000 PESERTA DIJANGKA SERTAI FUN WALK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Tema robotik menjadi identiti Karnival Edu Fun MADANI Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu Tahun 2026 yang berlangsung di SMK Zainab 1, dengan acara kemuncaknya iaitu Fun Walk dijadualkan berlangsung pada Sabtu.

Hari pertama karnival hari ini menyaksikan peserta hadir bagi mengambil baju penyertaan di reruai IMedikel sebagai persediaan menyertai acara kemuncak hujung minggu ini.

Pengarah Program Fun Walk, Arif Danial, berkata penganjuran program itu mengetengahkan tema robotik bagi menyemarakkan minat pelajar terhadap teknologi, inovasi dan kreativiti.

“Program ini diberi kelainan berbanding tujuh program lain sebelum ini dengan mengumpulkan keseluruhan peserta dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini.

“Apa yang menariknya peserta yang hadir mengenakan pakaian bertemakan robotik pada Sabtu ini berpeluang memenangi hadiah misteri yang disediakan penganjur,”katanya.

Arif Danial berkata sambutan untuk program kali ini luar biasa.

“Persiapan dibuat kira-kira sebulan lebih awal dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

“Pada mulanya kami menyasarkan kira-kira 1,000 peserta, namun jumlah pendaftaran meningkat kepada lebih 7,000 peserta membabitkan warga sekolah dari seluruh Kelantan,” katanya.

Beliau berharap keseluruhan karnival, khususnya program Fun Walk pada Sabtu, dapat berlangsung dengan lancar dan mencapai objektif dalam memupuk budaya hidup sihat serta menyemarakkan minat pelajar terhadap bidang teknologi.

Katanya acara kemuncak itu dijadual disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Siti Norina Muhamad, selain turut menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal sebagai hadiah utama.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here