Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini seramai 86,468 orang di sembilan daerah setakat jam 10.00 pagi ini.
Menurut portal infobencanajkmv2 kesemua mangsa ditempatkan di 254 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 29, 644 dan ditempatkan di 64 PPS.
Manakala seramai 19, 987 mangsa banjir di Tumpat, Pasir Puteh 10, 671; Kota Bharu 7, 510; Bachok 6, 129; Kuala Krai, 5, 183; Machang 4, 533 dan Tanah Merah 2, 497 orang.
Daerah Jeli mencatatkan jumlah mangsa banjir paling rendah iaitu 81 orang.
Sementara itu, menurut portal publicinfobanjir hanya Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat mencatatkan paras air pada tahap bahaya dengan trend menurun.
IMedikel TV






