Home Buletin Semasa JPNP SEDIA GARIS PADUAN CARA AMBIL MADU LEBAH TUALANG

JPNP SEDIA GARIS PADUAN CARA AMBIL MADU LEBAH TUALANG

41
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) akan menyediakan garis panduan bagi mengambil madu lebah tualang yang terdapat dalam kawasan hutan simpan di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Hutan) JPNP, Md Zaidey Abdul Kadir, tujuan program berkenaan diadakan bagi penyediaan garis paduan pengeluaran lesen madu lebah tualang yang akan dilaksanakan pada masa datang.

“Bagi melihat keperluan pokok tualang yang sepatutnya di larang sepenuhnya daripada ditebang kerana madu tualang begitu dominan membuat sarang atas pokok tualang.

“Program julung kali diadakan itu turut bertujuan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pemanjat dan masyarakat yang secara langsung mendapat faedah dari aktiviti mengambil madu tualang.

“Ini pengalaman pertama saya dan pegawai JPNP termasuk dua pegawai wanita Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melihat proses memanjat dan mengambil madu lebah yang begitu mencabar,” katanya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan madu lebah tualang, selain terpaksa memanjat pada ketinggian yang mencabar pemanjat juga diancam lebah sepanjang proses mengambil madu. Faktor berkenaan menyebabkan harga madu lebah tualang dijual pada harga yang agak tinggi.

Katanya sebelum garis panduan khusus disediakan diadakan program demonstrasi proses mengambil madu lebah tualang oleh pasukan pemanjat profesional terdiri daripada penduduk Kampung Pagi, Jerantut.

“Pasukan terbabit terdiri daripada 12 pemuda berjiwa kental, pada program itu dua ahli pasukan itu memanjat pokok tualang menggunakan tali dengan ketinggian kira-kira 80 kaki dalam kawasan hutan berhampiran kampung terbabit,”katanya.

Beliau berkata, bukan mudah untuk mendapatkan madu lebah tualang, selain terpaksa memanjat pada ketinggian yang mencabar pemanjat juga diancam lebah sepanjang proses mengambil madu. Faktor berkenaan menyebabkan harga madu lebah tualang dijual pada harga yang agak tinggi.

Md Zaidey berkata, pihaknya akan terus menyokong individu termasuk kumpulan yang terbabit dengan aktiviti mengambil madu lebah tualang yang terdapat dalam hutan simpan di Pahang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here