Home Luar Negara ISRAEL MINTA BANTUAN SEKUTU EROPAH UNTUK PADAM KEBAKARAN

ISRAEL MINTA BANTUAN SEKUTU EROPAH UNTUK PADAM KEBAKARAN

294
0

TEL AVIV: Israel mendapatkan bantuan daripada sekutunya di Eropah untuk memadam kebakaran hutan besar di negara itu, sejak Rabu lalu, lapor Independent.

Ia selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengisytiharkan kebakaran itu sebagai darurat negara, dan merayu bantuan antarabangsa.

Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro, punca kebakaran masih belum jelas, walaupun Netanyahu berkata, 18 orang ditahan kerana disyaki mencetuskan kebakaran berkenaan.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa melaporkan, kebakaran hutan di sekitar Israel menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah dari kediaman masing-masing.

Penduduk di 10 kawasan termasuk Neve Ilan, Shoresh, dan Nataf dan Yad Hashmona, serta Eshtaol dan Mishmar Ayalon, dipindahkan.

Dalam pada itu, BBC dalam kemas kini hari ini melaporkan sebahagian besar kebakaran itu sudah dipadamkan, kata Pihak Berkuasa Bomba dan Penyelamat negara itu.

Lebih 150 pasukan memerangi kebakaran itu, yang membakar tanah seluas kira-kira 20 kilometer persegi di kawasan Latrun – antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Perkhidmatan ambulans Israel berkata, sekurang-kurangnya 12 orang dirawat kerana terhidu asap, tetapi tiada kematian dilaporkan.

Seramai 17 anggota bomba cedera, menurut penyiar Israel, Kan.

Pihak berkuasa berkata, keadaan panas dan kering, dengan angin kencang, menjadikan usaha mengawal kebakaran lebih mencabar, dan seorang pegawai kanan memberi amaran bahawa api boleh kembali menyala. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here