Home Luar Negara IRAQ JEMPUT SYARIKAT ANTARABANGSA TEROKA, BANGUNKAN LOMBONG GAS ASLI

IRAQ JEMPUT SYARIKAT ANTARABANGSA TEROKA, BANGUNKAN LOMBONG GAS ASLI

282
0

BAGHDAD: Menteri Minyak Iraq, Hayan Abdul Ghani semalam menjemput syarikat tenaga antarabangsa untuk membida kontrak bagi meneroka dan membangunkan perlombongan gas asli di 11 blok di negara itu, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kementeriannya sedang melakukan persiapan untuk proses itu.

Menurut Hayan, lapan daripadanya terletak di wilayah Anbar di barat Iraq, masing-masing satu di wilayah utara Nineveh, antara wilayah Anbar dan Najaf serta antara wilayah Anbar dan Nineveh.

Untuk rekod, Iraq membuka sektor minyak dan gasnya untuk pelaburan asing pada 2009.

Memetik kenyataan Hayan pada Mei lalu, ujian seismik tiga dimensi mendapati rizab minyak negara itu berpotensi meningkat dengan pertambahan sebanyak 10 bilion tong.

Tambahnya, rizab gas asli negara pula meningkat sebanyak lapan trilion kaki padu, dikesan berhampiran Basra iaitu sebuah hab minyak utama terletak kira-kira 550 kilometer (km) ke selatan Baghdad.

Dengan perkembangan angka baharu itu, sekali gus akan meningkatkan rizab terbukti minyak mentah Iraq kepada kira-kira 155 bilion tong dan gas asli pula kepada 140 trilion kaki padu.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), yang mana Iraq adalah anggotanya, masih belum menerima angka baharu itu secara rasmi.

Ekonomi Iraq sangat bergantung pada eksport minyak mentah, yang menyumbang lebih 90 peratus daripada pendapatan negara. 

Sumber: BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here